Tuesday, February 17, 2009

Mesyuarat Agong Kelab Part I

Kehadiran penaung kelab yang datang dengan memandu kereta baru ke Dewan Raya Kg Sri Gunung Pulai untuk menghadiri mesyuarat agong yang pertama pada 15.Februari yang lalu..Walaupun sudah memasuki peringkat usia pertengahan,dengan memandu kereta sport merah ini,pasti saudara penaung kelab akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar beliau.Toyota Celica yang berwarna merah ini nampaknya garang bilamana dipandu oleh orang yang berjiwa pejuang.Pasti selepas ini kereta merah menyala menjadi tumpuan dijalanraya sambil diiringi dengan ahli kelab yang rata-ratanya juga berusia namun mempunyai jiwa muda dan semangat yang kental dalam membantu sesama insan.Inilah yang diterapkan oleh saudara Jafni,supaya ahli kelab dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan tanpa mengira siapa mereka dan dimana pelusuk mereka tinggal.Program seterusnya,mungkin kelab akan mengutip derma untuk Tabung Penduduk Gaza.

Ucapan daripada Penasihat kewangan dalam merencanakan perjalanan kelab dengan menggunakan sumber yang terhad tapi manafaat yang berguna kepada ahli khususnya dan orang ramai amnya.Beliau telah membentangkan perancangan yang jitu dan mengajar ahli kelab supaya menjadi ahli yang pandai mencari bukannya ahli yang bijak meminta.Kewangan yang baik dalam sesebuah organisasi pasti menjanjikan pulangan dan aktiviti yang berfaedah.Itu nasihat dari saudara Norhisham Bin Manaf,penasihat kewangan C-Lat Motorsport.





Apalah yang serius sangat diperkatakan oleh oleh penaung dan penasihat kewangan kita nih...macam ada projek baru je...




Kata-kata aluan oleh saudara pengerusi kelab, saudara Along



dan seterusnya sepatah dua kata dari penaung kelab, Cik Jasni yang menyeru agar warga C-Lat akan tetap bekerjasama untuk terus berusaha memantapkan kelab ini dan membuka ruang untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Semoga apa yang diperjuangkan kelab C-Lat akan memberi manfaat kepada ahli khususnya dan masyarakat am nya.



Inilah sebahagian ahli C-Lat yang hadir bagi memberi sokongan kepada penubuhan dan perjuangan C-Lat. Semoga keazaman dan semangat saudara C-Lat sekalian akan mengukuhkan lagi kelab ini.



Sebahagian dari tulang belakang kelab C-Lat yang bertungkus lumus bagi merealisasikan apa yang diperjuangkan. Hidup C-Lat !



Kami lah anggota C-Lat yang akan memastikan objektif penubuhan kelab ini akan tercapai.








Monday, February 16, 2009

Hari Keluarga Part IV






Semangat yang membara telah membuatkan penasihat ekonomi,saudara Saharudin atau dengan nama glamournya Dino turut serta dalam program hari keluarga ini.Dengan bertongkat,beliau membawa keluarga untuk turut serta dalam memeriahkan program ini.Kecederaan yang beliau alami diakibatkan dari rasa yang begitu seronok untuk berpindah kerumah baru sehinggakan tergelincir dari tangga sewaktu mengecat rumah baru.Cayalah Dino...

Kalau dilihat dari raut wajah,tentu kita teringatkan majlis pernikahan penyanyi lelaki no 1 di Malaysia.Mawi..Inilah ketua rombongan pihak Mawi sewaktu majlis pernikahan beliau di Masjid Sultan Abu Bakar tempohari.Ustaz Ghani juga merupakan salah seorang AJK yang dipilih pada mesyuarat agong yang lalu.Beliau juga turut serta menyertai hari keluarga tempohari.Sambil bergaya dengan kereta baru,Ustaz Ghani membawa keluarga bersama meraikan program kelab.Tabik Ustaz.


Wajah tampan jejaka yang kontrol macho berikut adalah Penasihat undang-undang kelab.Itulah Cikgu Sukor yang berbaju merah.Beliau bersama penasihat kewangan kelab ketika menjamu selera disebuah restoran di Kota Tinggi.Dalam kesibukan dan keresahan menanti kelahiran cahaya mata,Cikgu Sukor masih lagi berkesempatan untuk turut serta bersama ahli kelab yang lain.Seminggu selepas kembali dari program ini,beliau telah mendapat cahaya mata yang kedua,seorang putera yang bakal mewarisi kepimpinan melayu akan datang.Tahniah Cikgu dari kami semua ahli kelab....






Penaung Kelab nampaknya merenung jauh memikirkan apakah jalan yang terbaik untuk menjadikan kelab ini lebih dikenali.Dengan misi dan visi yang jauh kehadapan,beliau inginkan semua ahli kelab memperbaiki taraf ekonomi supaya melayu yang ada kini menjadi melayu yang bukan menjadi pengemis dan peminta dalam negeri sendiri.Jauh sungguh pemikiran Penaung kelab yang begitu mengambil berat kebajikan ahli dan seluruh orang melayu terutamanya di daerah Kulaijaya.

Lagi Cerita Hari Keluarga.Part III

Penaung kelab Saudara Jafni bersama penasihat kewangan kelab,Saudara Norhisham Manaf.Turut serta dalam gambar ialah Saudara Rosnili,AJK Pemuda Bahagian Kulai,merangkap ketua pemuda Umno Cawangan Kg Melayu Sedenak dan saudara Asraf,Ketua pemuda Umno Cawangan Taman Manis.Gambar ini diambil semasa Program Hari Keluarga Kelab di Teluk Ramunia.Kedua-dua ketua pemuda ini bakal menyertai kelab tidak lama lagi.Diucapkan kepada mereka,selamat menyertai Kelab yang memperjuangkan ekonomi,sosial dan kemasyarakatan ini.

Setiausaha dan penolong setiausaha yang bertungkus lumus menjayakan program hari keluarga yang lepas.Senyuman yang menampakkan wajah mereka keletihan.Tapi terpancar kegembiraan kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan menghiburkan kaum keluarga yang turut serta.Inilah wajah saudara Minzah,setiausaha Kelab bersama pembantunya,Saudara Zainuldin yang memakai topi berwarna jingga.Steady bang.



Saudara penolong setiausaha yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara menyuap limau mandarin sempena tahun baru cina,suapan yang dilakukan oleh isteri tercinta yang tidak nampak digambar kerana ingin memberi fokus terhadap suapan manja dimulut Abang Din.Cayalah Abg Din,walaupun tidak menang tapi anda pulang dengan senyuman yang tak lekang dibibir kerana masam limau mandarin itu masih terasa.Abang Din kita ni peminat setia mee goreng mamak.Habis seluruh pelusuk Teluk Ramunia dicari makanan itu pada malam hari.

Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa 2009-2011


C-lat Motorsport Intro


C-Lat Motorsport adalah sebuah kelab berkereta yang ditubuhkan bagi menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk membantu sesama insan dan mengeratkan silaturahim dikalangan ahli khususnya dan semua masyarakat amnya.Penubuhan kelab ini bukan bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berlumba tetapi lebih kepada kerja-kerja amal yang dapat membantu sesama insan.Kelab ini ditubuhkan pada bulan Mei 2008 dan sehingga kini telah menrik lebih kurang 60 orang ahli dimana kebanyakan mereka adalah golongan Pemuda Umno diseluruh pelosok daerah Kulai.Matlamat asal penubuhan ini telah mula menampakkan hasil,bila sebahagian ahlinya menyertai bantuan yang dihulurkan kepada golongan susah di perkampungan yang terletak di mukim Bukit Permai.Kami juga meneruskan aktiviti tersebut dibulan Ramadhan yang lalu.Rata-rata bantuan yang kami hulurkan adalah golongan susah.Kami mengalu-alukan sekiranya terdapat mereka yang diluar sana ingin menyertai kumpulan ini dalam membantu mereka yang susah.


Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa 2009-2011

Pada hari Ahad,15 Hb Februari 2009 yang lalu,telah berlangsung mesyuarat agong kelab yang pertama di Dewanraya Kg Sri Gunung Pulai.Mesyuarat diadakan untuk memilih pucuk pimpinan yang baru bagi menggerakkan aktiviti kelab dalam jangkamasa 2 tahun mendatang.Inilah pembaharuan yang diinginkan.Inilah pemimpin yang bakal menjadikan dan merealisasikan hasrat awal penubuhan kelab.Semoga mereka yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.


Ahli Jawatankuasa Kelab Berkereta C-Lat Motorsport Johor - 2009 ~ 2011

Penaung:
Mohd Jafni Bin Hj. Md Shukor

Penasihat Kelab:
Mohd Fadil Bin Misnan

Penasihat Kewangan:
Norhisham Bin Manaf

Penasihat Ekonomi:
Shaharuddin Bin Md Taib

Penasihat Undang-Undang:
Sukor Bin Salleh

Pengerusi:
Mohd Nazri Bin Sariti

Timbalan Pengerusi:
Khairul Amir Bin Mohd Esa

Setiausaha:
Minzah Bin Amran

Penolong Setiausaha:
Zainuldin Bin Atan

Bendahari:
Mohd Esa Bin Abd Malik

Ahli Jawatankuasa:

Ustaz Ghani
Mukhtar Bin Rejab
Junaidi Bin Sudin
Zaini Bin Asri
Anuar Bin Rahman
Mazwan Bin Mahruf
Muszakar Bin Nordin

Thursday, February 12, 2009

Hari Keluarga Part II



Ahli kelab menanti tetamu kehormat, Dato Mukriz Tun Mahathir.


Ketibaan Dato Mukriz yang disambut oleh Saudara Jafni,Pengerusi C-Lat Motorsport.


Ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi kelab,Saudara Jafni.Diikuti oleh Saudara Fadil Misnan,Naib ketua pergerakan Pemuda Umno Kulai dan seterusnya ucapan dari Dato Mukriz untuk program Pelepasan Peserta Konvoi Hari Keluarga Kelab C-Lat Motorsport 2009 menuju ke Teluk Ramunia Kota Tinggi.

Wednesday, February 4, 2009

Hari Keluarga C-Lat Motorsport




Pada 26 Januari 2009 yang lalu,pihak kelab telah mengadakan konvoi ke Teluk Ramunia di Kota Tinggi sempena dengan program hari keluarga yang dijalankan dengan kerjasama Pemuda Umno Cawangan Taman Putri.Yang amat menggembirakan kami ahli kelab,ialah kesudian YB Dato Mukriz Tun Mahathir hadir untuk melepaskan peserta konvoi ini.Turut serta digambar ini ialah Pengerusi kelab,Saudara Mohd Jafni dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kulai,Saudara Fadil Misnan.






Penyampaian cenderahati kepada YB Dato Mukriz oleh Pengerusi kelab.


Diantara ahli kelab yang turut serta

Tuesday, February 3, 2009

Program Kemasyarakan yang pertama C-Lat Motorspot

C-Lat Motorsport sentiasa prihatin dan peka terhadap kesusahan masyarakat sekeliling khasnya warga tua yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Sumbangan dan bantuan kami tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan penderitaan yang dirasai, yang digalas di bahu mereka. Melihat senyum pahit yang terukir di wajah, dapat kami rasai tangisan di hati mereka. Namun tetap tabah dan sabar mencari secebis sinar dalam meneruskan kehidupan.









Inilah program pertama yang dianjurkan oleh kelab pada bulan Julai yang lepas.Kami ke rumah seorang nenek yang tinggal bersendirian di Felda Bukit Permai.Dalam kita megah menuju menjadi sebuah negara maju,siapa sangka masih ada lagi insan yang tinggal di kediaman seperti ini.Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidaklah sebesar mana,namun kesedaran sesama insan mengajar ahli kelab tentang erti sebuah kehidupan.Dimana pihak yang sepatutnya melihat keadaan hidup nenek ini.Keinsafan timbul kepada semua ahli rombongan yang turut serta.Mereka menagisi keperitan nenek ini yang tidur berbumbungkan awan dan bertilamkan simen yang pasti menguji kesabaran nenek ini.Selepas dari kunjungan tadi,kami mencari pihak yang sepatutnya untuk membantu dengan lebih lanjut terhadap nenek ini.