Tuesday, March 24, 2009

Aktiviti Biro Sukan Kelab..

Baru-baru ini,ahli kelab telah bersetuju untuk menubuhkan kelab bolasepak yang dianggotai oleh golongan muda yang rata-rata berumur dibawah 23tahun.Dalam pertandingan pertama yang disertai oleh kelab ini,mereka telah menjadi johan dalam Pertandingan Tertutup Bolasepak anjuran Pemuda UMNO Cawangan Taman Putri..

Dan kelab dibawah pengurusan biro sukan telah mengadakan permainan badminton di dewan yang terpilih pada setiap malam minggu dalam memperbanyakkan aktiviti kelab.Diharap selepas ini,ramai lagi ahli kelab dapat turut serta dalam permainan badminton yang dianjurkan oleh biro sukan kelab.

Kami Ahli C-Lat

Inilah sebahagian dari ahli-ahli kelab yang menjadi penggerak kepada setiap program yang diaturkan.Kami tidak memilih peringkat usia ataupun jenis kenderaan yang ingin turut serta dalam kelab ini.Harapan kami agar selepas kejayaan beberapa program yang diatur dan dilaksanakan dapat menarik lebih ramai lagi menyertai kelab C-Lat Motorsport.