Monday, February 16, 2009

Lagi Cerita Hari Keluarga.Part III

Penaung kelab Saudara Jafni bersama penasihat kewangan kelab,Saudara Norhisham Manaf.Turut serta dalam gambar ialah Saudara Rosnili,AJK Pemuda Bahagian Kulai,merangkap ketua pemuda Umno Cawangan Kg Melayu Sedenak dan saudara Asraf,Ketua pemuda Umno Cawangan Taman Manis.Gambar ini diambil semasa Program Hari Keluarga Kelab di Teluk Ramunia.Kedua-dua ketua pemuda ini bakal menyertai kelab tidak lama lagi.Diucapkan kepada mereka,selamat menyertai Kelab yang memperjuangkan ekonomi,sosial dan kemasyarakatan ini.

Setiausaha dan penolong setiausaha yang bertungkus lumus menjayakan program hari keluarga yang lepas.Senyuman yang menampakkan wajah mereka keletihan.Tapi terpancar kegembiraan kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan menghiburkan kaum keluarga yang turut serta.Inilah wajah saudara Minzah,setiausaha Kelab bersama pembantunya,Saudara Zainuldin yang memakai topi berwarna jingga.Steady bang.



Saudara penolong setiausaha yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara menyuap limau mandarin sempena tahun baru cina,suapan yang dilakukan oleh isteri tercinta yang tidak nampak digambar kerana ingin memberi fokus terhadap suapan manja dimulut Abang Din.Cayalah Abg Din,walaupun tidak menang tapi anda pulang dengan senyuman yang tak lekang dibibir kerana masam limau mandarin itu masih terasa.Abang Din kita ni peminat setia mee goreng mamak.Habis seluruh pelusuk Teluk Ramunia dicari makanan itu pada malam hari.

2 comments:

  1. Amboi meriahnya dapat makan limau... jgn tergigit jari sudah saje je... Wah setiausaha & Timbalanya mesra gitu.... yg atas tu 4 jejaka pasti MalaTop ekekekeke

    ReplyDelete
  2. ne yang aku tak tahan bila tengok gambo peserta mkn limau tu...hidung kembang lak tu nak control manco la tu..heheeee

    yang 4 org tu tangkap hensome ajer dia..ala bkn hensome sangat dia tu hanya mak janda ajer yang nak dia tuuuuuuuu

    mamat 2 org tu perasan btl dia ek mcm la dia hensome tapi yang seorang pakai topi mcm kenal ajer......

    ReplyDelete