Tuesday, February 3, 2009

Program Kemasyarakan yang pertama C-Lat Motorspot

C-Lat Motorsport sentiasa prihatin dan peka terhadap kesusahan masyarakat sekeliling khasnya warga tua yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Sumbangan dan bantuan kami tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan penderitaan yang dirasai, yang digalas di bahu mereka. Melihat senyum pahit yang terukir di wajah, dapat kami rasai tangisan di hati mereka. Namun tetap tabah dan sabar mencari secebis sinar dalam meneruskan kehidupan.









Inilah program pertama yang dianjurkan oleh kelab pada bulan Julai yang lepas.Kami ke rumah seorang nenek yang tinggal bersendirian di Felda Bukit Permai.Dalam kita megah menuju menjadi sebuah negara maju,siapa sangka masih ada lagi insan yang tinggal di kediaman seperti ini.Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidaklah sebesar mana,namun kesedaran sesama insan mengajar ahli kelab tentang erti sebuah kehidupan.Dimana pihak yang sepatutnya melihat keadaan hidup nenek ini.Keinsafan timbul kepada semua ahli rombongan yang turut serta.Mereka menagisi keperitan nenek ini yang tidur berbumbungkan awan dan bertilamkan simen yang pasti menguji kesabaran nenek ini.Selepas dari kunjungan tadi,kami mencari pihak yang sepatutnya untuk membantu dengan lebih lanjut terhadap nenek ini.

1 comment:

  1. Macam ni la bru betul... Mencari org2 susah... membantu... pasti jasamu akan dikenang... Hidup Pemuda C-Lat KulaiJaya...

    ReplyDelete