Tuesday, February 17, 2009

Mesyuarat Agong Kelab Part I

Kehadiran penaung kelab yang datang dengan memandu kereta baru ke Dewan Raya Kg Sri Gunung Pulai untuk menghadiri mesyuarat agong yang pertama pada 15.Februari yang lalu..Walaupun sudah memasuki peringkat usia pertengahan,dengan memandu kereta sport merah ini,pasti saudara penaung kelab akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar beliau.Toyota Celica yang berwarna merah ini nampaknya garang bilamana dipandu oleh orang yang berjiwa pejuang.Pasti selepas ini kereta merah menyala menjadi tumpuan dijalanraya sambil diiringi dengan ahli kelab yang rata-ratanya juga berusia namun mempunyai jiwa muda dan semangat yang kental dalam membantu sesama insan.Inilah yang diterapkan oleh saudara Jafni,supaya ahli kelab dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan tanpa mengira siapa mereka dan dimana pelusuk mereka tinggal.Program seterusnya,mungkin kelab akan mengutip derma untuk Tabung Penduduk Gaza.

Ucapan daripada Penasihat kewangan dalam merencanakan perjalanan kelab dengan menggunakan sumber yang terhad tapi manafaat yang berguna kepada ahli khususnya dan orang ramai amnya.Beliau telah membentangkan perancangan yang jitu dan mengajar ahli kelab supaya menjadi ahli yang pandai mencari bukannya ahli yang bijak meminta.Kewangan yang baik dalam sesebuah organisasi pasti menjanjikan pulangan dan aktiviti yang berfaedah.Itu nasihat dari saudara Norhisham Bin Manaf,penasihat kewangan C-Lat Motorsport.





Apalah yang serius sangat diperkatakan oleh oleh penaung dan penasihat kewangan kita nih...macam ada projek baru je...




Kata-kata aluan oleh saudara pengerusi kelab, saudara Along



dan seterusnya sepatah dua kata dari penaung kelab, Cik Jasni yang menyeru agar warga C-Lat akan tetap bekerjasama untuk terus berusaha memantapkan kelab ini dan membuka ruang untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Semoga apa yang diperjuangkan kelab C-Lat akan memberi manfaat kepada ahli khususnya dan masyarakat am nya.



Inilah sebahagian ahli C-Lat yang hadir bagi memberi sokongan kepada penubuhan dan perjuangan C-Lat. Semoga keazaman dan semangat saudara C-Lat sekalian akan mengukuhkan lagi kelab ini.



Sebahagian dari tulang belakang kelab C-Lat yang bertungkus lumus bagi merealisasikan apa yang diperjuangkan. Hidup C-Lat !



Kami lah anggota C-Lat yang akan memastikan objektif penubuhan kelab ini akan tercapai.








2 comments:

  1. ...amboi-amboi....statmemt cam menteri kewangan malaysia.........

    ReplyDelete
  2. Walaupun ekonomi sekarang masih didalam kegawatan harap Kelab C-Lat tidak akan gawat....

    ReplyDelete